KAWASAN PELANCONGAN YANG BERDEKATAN DENGAN FELDA LUBUK MERBAU

Hutan Lipur Puncak Janing

 Untitled3

     Kawasan ini merupakan kawasan pelancongan kedua terpenting di Daerah Padang Terap selepas Tasik Pedu.Kawasan ini sesuai untuk aktiviti riadah dan perkelahan. Deruan air sungai yang mengundang kedamaian adalah tarikan utama pengunjung untuk ke sini. Selain itu, lokasinya yang berhampiran dengan Bandar Kuala Nerang merupakan salah satu faktor utama kedatangan pengunjung ke sini. Lokasinya hanya kira-kira 27 kilometer sahaja dari Felda Lubok Merbau.
Antara kemudahan yang terdapat di sini ialah tapak perkhemahan dan kem, kawasan untuk aktiviti riadah, dewan minda untuk kemudahan kem, surau, dan tandas awam.

 

     Selain itu, di sini juga turut disediakan kawasan bagi aktiviti lasak seperti laluan meredah hutan, laluan basikal bukit,laluan motorsikal lasak dan laluan kereta lasak. Di sini juga pernah dianjurkan pelbagai aktiviti, antaranya ialah perlumbaan motorsikal lasak, klinik 4x4, 4x4 Royal Kedah Challenge, Sukma dan sebagainya. Kawasan ini juga merupakan kawasan hutan simpan
yang menyimpan pelbagai khazanah alam semula jadi. Oleh itu, ia bersesuaian dengan pencinta alam yang ingin meneroka khazanah alam dan mendapatkan kedamaian di sini. Oleh kerana kawasannya yang bersesuaian dan strategik serta pelbagai kemudahan disediakan,
ia telah menjadi daya tarikan utama pengunjung ke sini .

 

Pusat Peranginan Air Terjun Bukit Perak 

image gallery

     Pusat Peranginan Air Terjun Bukit Perak adalah satu tempat peranginan yang sesuai dengan aktiviti perkhemahan dan tempat berkelah. Hal ini kerana ia mempunyai banyak kemudahan asas yang dibekalkan oleh majlis tempatan iaitu tempat letak kenderaan, laluan bertar
yang mudah untuk kenderaan keluar masuk. Selain itu, ia mempunyai kemudahan lain seperti tempat isitirehat untuk keluarga yang ingin berkelah, terdapat juga tandas awam yang besar bagi memudahkan penguna untuk menggunakannya. Di samping itu, terdapat 2 laluan untuk
naik ke aras 2 bukit iaitu laluan bertangga dan juga laluan bukit.

Antara keistimewaan Bukit Perak ini ialah ia mempunyai tempat yang lapang dan sesuai untuk mandi manda dengan air yang sejuk dari bukit dan juga air terjun yang selamat kepada pengunjung. Air terjun yang paling tinggi terdapat di Bukit Perak adalah
dengan ketinggian 3.5 meter dan tempat ini mempunyai 5 air terjun kesemuanya.

Antara aktiviti - aktiviti yang sering dilakukan di pusat peranginan ini adalah aktiviti berbasikal mendaki bukit, perkhemahan, merentas desa, dan lain lain lagi.

 

 

Tasik Pedu

 tasik-pedu-padang-terap-kedah tasikpedu

    Tasik Pedu merupakan kawasan tasik buatan bagi menampung penjanaan tenaga elektrik hidro. Tasik ini juga merupakan geoekonomi utama bagi Daerah Padang Terap dan
negeri Kedah. Terkenal dengan keindahan alam semula jadinya. Tasik ini terletak kira-kira 115 kilometer daripada susur keluar Lebuh Raya Utara Selatan
Alor Setar iaitu kira-kira 33 kilometer dari Felda Lubok Merbau. Kawasan yang jauh dari kesibukan bandar yang bersesuaian dengan pengunjung yang ingin
mencari kedamaian dan menjauhkan diri dari kesibukan tugasan seharian.

    Kawasan ini juga merupakan kawasan yang menjadi tumpuan kaki pancing kerana terdapat pelbagai spesies ikan air tawar di sini. Sehubungan itu, terdapat pelbagai kemudahan disediakan di sini. Antaranya ialah kemudahan penginapan di Holiday Inn Pedu Lake Resort, kawasan perkhemahan, bot sewa bagi kaki pancing dan sebagainya. Di sini juga terdapat kemudahan sukan
seperti golf untuk pengunjung yang berminat bermain golf di sini.


(sumber : Majlis Daerah Pendang, laman web Majlis Daerah Padang Terap dan Penduduk Tempatan)