Usahawan Bakeri

 Nama  :  Nor Syuhada binti Mat Nawawi
 Umur  :  33 tahun
 Ahli  :  2016

Latar Belakang

Puan Nor Syuhada memulakan perniagaannya dengan membuka akaun SSM di bawah nama Dahlia Bakery Enterprise. Beliau pada awalnya memulakan perniagaan secara kecil-kecilan.

 

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan 

Anggaran pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM400 – RM600 sahaja sebulan memandangkan perniagaan ini dilakukan secara sambilan dan tidak banyak dipasarkan melalui media social.

 

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan 

Setelah menguasai perlbagai teknologi media social, Puan Nor Syuhada mula aktif mempromosi dan memasarkan produknya secara online. Selain produknya dipasarkan melalui aplikasi MyShop, beliau turut memasarkan ke dalam group WhatsApp yang mana berkonsepkan “Cash On Delivery (COD)” di sekitar Felda Lubok Merbau ini. Beliau juga rajin mengikuti aktiviti dan program yang dianjurkan oleh Pusat Internet Felda Lubok Merbau.

 

              asa   2aba

 

              3a    asa

Pelajar SPM 2017

 Nama  :  Muhammad Fakhrul Hazim Rohizam
 Umur  :  19 tahun
 Ahli  :  2017

Latar Belakang

En Muhammad Fakhrul Hazim Bin Rohizam mendapat keputusan cemerlang iaitu 8A 1B.

 

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan 

En Muhammad Fakhrul Hazim bin Rohizan menggunakan buku dari perpustakaan sekolah untuk mengulangkaji pelajaran dan bahan pelajaran agak terhad.

 

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan 

Melalui kelas dan latihan dari Pusat Internet Felda Lubok Merbau, En  Muhammad Fakhrul dapat menggunakan computer dan internet untuk mencari bahan, menggunakan komputer untuk surat menyurat, segala kemudahan disediakan seperti mencetak, fotokopi serta dapat mengetahui cara mengisi permohonan secara online Kemasukan Ke UPU.

 

Usahawan Kuih Bahulu

 Nama  :  Hasnora Binti Abu Hassan
 Umur  :  39 tahun
 Ahli  :  2015

Latar Belakang

Puan Hasnora merupakan usahawan kuih bahulu di Felda Lubok Merbau. Beliau menjalankan perniagaan ini secara separuh masa sahaja. Beliau banyak memasarkan produk kuihnya di sekitar kawasan Felda Lubok Merbau terutamanya di kedai-kedai runcit. Selain itu, beliau turut menerima tempahan luar terutamanya untuk tempahan kuantiti yang banyak, biasanya untuk kenduri-kendara, majlis keramaian, dan sebagainya.

 

Sebelum Penggunaan ICT/ penglibatan 

Pendapatan bulanan untuk perniagaan kuih bahulu beliau ini hanya sekitar RM400 sahaja sebulan.

 

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan 

Puan Hasnora bersama-sama pejabat ADUN Pedu bekerjasama dengan Pusat Internet 1Malaysia Felda Lubok Merbau dalam menghasilkan kertas kerja atau rancangan perniagaan bagi memohon dana atau bantuan perniagaan. Beliau juga menggunakan khidmat PI1M dalam menghasilkan label/ sticker produk. Selain itu, beliau turut mempelajari cara memasarkan produknya melalui media sosial. Kini, pendapatan bulanan untuk perniagaan beliau ini dianggarkan RM800 sebulan.

 

DSC 0017 800x533   DSC 0123 800x532

3a    4a

 

Pelajar IPTS

 Nama  :  Mohamad Zaki Bin Shabudin
 Umur  :  22 tahun
 Ahli  :  2017

Latar Belakang

En Mohamad Zaki berasal dari Felda Lubok Merbau yang kurang pendedahan dengan pengetahuan ICT pada zaman persekolahannya.

 

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan 

Sebelum penggunaan ICT atau penglibatan Pusat Internet, En Mohd Zaki agak sukar untuk mengumpul maklumat untuk tugasan sekolahnya. Beliau hanya menggunakan buku rujukan di perpustakaan sahaja. Biasanya beliau mengalami masalah masa yang terhad serta maklumat yang tidak mencukupi.

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan 

Melalui kelas dan latihan dari Pusat Internet Felda Lubok Merbau, En. Mohd Zaki dapat mempelajari segala kemudahan untuk mencari maklumat dengan pantas dan cepat serta cara penggunaan internet dengan betul. Beliau kini melanjutkan pelajaran di IPTS dan beliau tidak janggal lagi menggunakan kemahiran-kemahiran yang dipelajari di Pusat Internet dalam menyiapkan tugasannya.

 

Pelajar Tingkatan 6

 Nama  :  Muhammad Ikmal Amree Bin Azmi
 Umur  :  20 tahun
 Ahli  :  2017

Latar Belakang

Saudara Muhammad Ikmal Amree bin Azmi tinggal di Felda Lubok Merbau merupakan seorang pelajar Tingkatan 6 yang akan menduduki peperiksaan STPM pada tahun 2017

Sebelum Penggunaan ICT/ penglibatan 

Sebelum Penggunaan ICT atau Penglibatan Pusat Internet, Muhammad Ikmal Amree banyak menghabiskan masa mencari bahan di Perpustakaan Desa dan juga perpustakaan sekolah. Namun begitu bahan yang dicari agak terhad.

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan 

Melalui kelas dan latihan serta perkhidmatan dari Pusat Internet Felda Lubok Merbau, Muhammad Ikmal Amree mudah untuk mendapatkan maklumat melalui laman internet, Ini memudahkan beliau untuk mengulangkaji pelajaran serta membuat folio dan kerja kursus. Dengan adanya pinjaman Netbook oleh Pusat Internet dapat membantu dan memudahkan beliau dalam urusan pembelajarannya.