IMG 0092 IMG 0091

          Felda Lubok Merbau merupakan salah satu tanah rancangan yang dibuka oleh Felda semenjak pada tahun 1968 dan jumlah penduduk asal pada waktu itu seramai 1,560 orang. Punca pendapatan asal penduduk Felda Lubok Merbau ialah hasil daripada menoreh getah. Kini, jumlah penduduk di Felda Lubok Merbau telah meningkat kepada 7,230 orang dan hasil pendapatan pula adalah dari pelbagai pekerjaan dan industri seperti kelapa sawit, industri desa, pembuatan, serta hasil-hasil pertanian lain lagi. Keluasan kawasan Felda Lubok Merbau ialah 10,143 ekar persegi.

          Felda Lubok Merbau merupakan salah satu kawasan penempatan termasuk dalam Daerah Padang Terap dan bandar terdekat adalah pekan Pendang (40km). Populasi di kawasan ini adalah terdiri daripada 100% Melayu dan purata setiap isi rumah adalah seramai 7 orang. PUSAT EKONOMI DIGITAL / PEDi terletak di Felda Lubuk Merbau dalam Daerah Padang Terap, Kedah. PUSAT EKONOMI DIGITAL / PEDi ini terletak kira-kira 40 kilometer atau mengambil masa 45 minit dari bandar Pendang. Felda Lubuk Merbau diteroka pada tahun 1966 dan mula diduduki peneroka pada tahun 1968. Jumlah kediaman untuk peneroka adalah sebanyak 780 buah rumah. Jumlah penduduk pada masa kemasukan adalah seramai 1,560 orang. Pengurus Felda pada masa kini ialah En. Noorsahidi bin Abd Rahman . Penduduk Felda Lubuk Merbau merupakan peneroka yang mengusahakan tanaman getah dan kelapa sawit dan diuruskan oleh FELDA. Di samping itu, penduduk di sini juga turut menjalankan aktiviti - aktiviti seperti pertanian, perikanan, penternakan dan Industri Kecil dan Sederhana (IKS).