Kemudahan Asas Felda Lubuk Merbau

       Kemudahan asas memainkan peranan yang penting kepada sesebuah kawasan. Masjid Al-Barakah merupakan kemudahan yang paling penting kepada penduduk di sini untuk memudahkan mereka beribadah sambil mengeratkan silaturahim antara penduduk kerana majoriti penduduk adalah beragama Islam. Antara aktiviti ibadah yang selalu dijalankan di sini ialah bacaan Yasin, solat jenazah, solat Jumaat dan sebagainya.

Apa yang menarik di Kampung ini ialah turut menyediakan Pusat Dalam Komuniti (PDK). Pusat ini ditubuhkan sebagai satu pendekatan alternatif untuk pemulihan golongan Orang Kurang Upaya (OKU). Waktu perkhidmatan ialah dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang. Seramai tiga orang kakitangan ditempatkan di sini untuk mendidik 16 warga OKU yang terdiri daripada anak-anak peneroka dan kampung-kampung yang berdekatan.

Kemudahan seperti dewan orang ramai pula memberi peluang kepada penduduk setempat untuk melakukan sebarang aktiviti keraian. Bahkan, dengan adanya kemudahan seperti telefon awam, perpustakaan desa, gelanggang sukan, klinik, pejabat pos dan banyak lagi kemudahan lain yang dapat memastikan penduduk setempat menjalani kehidupan harian dengan lebih selesa.

 

 

Felda Lubuk Merbau telah dilengkapi dengan berbagai-bagai kemudahan asas yang telah disediakan oleh Kerajaan, Felda dan sumbangan penduduk kampung setempat seperti :

 

 

 

1.  Jalan masuk kampung di turap tar.

                                               P 20150730 144211 HDR

                                               Jalan turapan tar di Felda Lubuk Merbau