Kemudahan Asas Felda Lubuk Merbau
Kemudahan asas memainkan peranan yang penting kepada sesebuah kawasan. Masjid Al-Barakah merupakan kemudahan yang paling penting kepada penduduk di sini untuk memudahkan mereka beribadah sambil mengeratkan silaturahim antara penduduk kerana majoriti penduduk adalah beragama Islam. Antara aktiviti ibadah yang selalu dijalankan di sini ialah bacaan Yasin, solat jenazah, solat Jumaat dan sebagainya.
Apa yang menarik di Kampung ini ialah turut menyediakan Pusat Dalam Komuniti (PDK). Pusat ini ditubuhkan sebagai satu pendekatan alternatif untuk pemulihan golongan Orang Kurang Upaya (OKU). Waktu perkhidmatan ialah dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang. Seramai tiga orang kakitangan ditempatkan di sini untuk mendidik 16 warga OKU yang terdiri daripada anak-anak peneroka dan kampung-kampung yang berdekatan.
Kemudahan seperti dewan orang ramai pula memberi peluang kepada penduduk setempat untuk melakukan sebarang aktiviti keraian. Bahkan, dengan adanya kemudahan seperti telefon awam, perpustakaan desa, gelanggang sukan, klinik, pejabat pos dan banyak lagi kemudahan lain yang dapat memastikan penduduk setempat menjalani kehidupan harian dengan lebih selesa.
Felda Lubuk Merbau telah dilengkapi dengan berbagai-bagai kemudahan asas yang telah disediakan oleh Kerajaan, Felda dan sumbangan penduduk kampung setempat seperti :
1. Jalan masuk kampung di turap tar.
Jalan turapan tar di Felda Lubuk Merbau
2. Bangunan pentadbiran di Felda Lubuk Merbau yang terdapat di sini ialah Balai raya, Bangunan JKKK, Bangunan Belia Wawasan, Perpustakaan, Dewan serbaguna, Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK), Kemas , Kelas Literasi dan sebagainya.
Balai raya dan Bagunan JKKR Bangunan Belia Wawasan
Perpustakaan Desa Dewan serbaguna
Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Kemas Felda Lubuk Merbau
Masjid Al-Barakah Pejabat Pos Felda Lubok Merbau
Kedai Dobi Layan Diri 1 Kedai Dobi Layan Diri 2
Farmasi Felda Lubok Merbau Hello Pizza Delivery
Pusat Membaiki & Servis Aircond
4. Di Felda Lubuk Merbau terdapat beberapa agensi swasta dan kerajaan yang memberi kemudahan kepada penduduk untuk mendapatkan bekalan contohnya bekalan air bersih dari Jabatan Bekalan Air Kedah, bekalan elektrik daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan juga untuk perhubungan telekomunikasi iaitu Telekom Malaysia (TM) Berhad.
Telekom Malaysia (TM) Jabatan Bekalan Air Kedah
5. Bagi kemudahan pengangkutan awam, di Felda Lubuk Merbau terdapat tempat perhentian bas dan teksi untuk menunggu pengangkutan awam dari kawasan Felda Lubuk Merbau ke destinasi yang lain.
Tempat Perhentian Bas dan Teksi